Bagaimana membuat pilihan terbaik untuk kad undangan perkahwinan impian anda
- Jannah Firejets
- May 29, 2018
- 4 min read

Dah jadi lumrah, bila tiba sahaja hari bahagia buat pasangan raja sehari, pasti kad undangan perkahwinan dicari. Yelah, tak sah majlis tanpa kad ni kan? tapi susah juga untuk buat pilihan tepat apabila memilih kad kahwin terutamanya bagi memenuhi impian anda & pasangan. Disini kami kongsikan beberapa tips berguna buat anda & si dia.
1. TETAPKAN KOS & BAJET
Suka atau tidak, ini lah bab paling penting di dalam merancang sesebuah majlis. berapa nilai yang sanggup anda keluarkan untuk semua inventori perkahwinan anda, & berapa peruntukan anda untuk sebuah kad perkahwinan. Ukur baju dibadan sendiri bak kata pepatah. Jika anda punyai peruntukan yang rendah, maka cuba untuk ber DIY sendiri kad kahwin anda, jika bajet anda serdehana & tinggi serahkanlah hal kad kahwin anda pada mereka yang pakar, sudah tentu anda punyai lebih masa untuk fokus pada lain-lain perkara & itinerary. Tapi hati-hati tau, jangan kerana terlalu mahu berjimat sehingga memakan diri. contohnya, kad yang siap tak da kualiti sampai malu nak bagi pada para tamu, atau memilih syarikat yang salah menguruskan tempahan anda, hanya kerana murah anda perlu melalui proses yang rumit & servis yang menyakitkan hati. So bijak-bijaklah memilih k
2. TETAPKAN JUMLAH UNDANGAN ANDA
sama halnya seperti menentukan jumlah untuk katering, maka jumlah kad kahwin anda juga dipengaruhi oleh faktor ini. antara cara paling mudah untuk tentukan kuantiti tepat bagi kad kahwin anda ialah 1/2 ataupun 3/5 daripada jumlah tetamu. Contoh nya, jika anda merancang untuk mengundang 1000 tetamu, maka jumlah kuantiti kad yang sesuai untuk anda ialah sekitar 400-700 pcs kad kahwin.
3. SATU PIHAK ATAU DUA PIHAK
Ini pun penting juga, berbincanglah dengan pihak pasangan anda sekiranya mereka mahu menggabungkan sekali kedua-dua majlis kedalam satu kad, sekiranya ya, ia akan menjimatkan lagi kos anda tau. Ini kerana kos percetakan adalah sama konsepnya seperti konsep borong, makin banyak kuantiti anda beli, maka makin rendah harga bagi sekeping kad. Namun jika anda & si dia berbeza citarasa maka mengasingkan kad kalian adalah lebih baik.
4. PILIH SIZE YANG SESUAI
Majoriti pengguna kini lebih gemar dengan kad undangan flat card/single card ataupun jenis kad sekeping, ini adalah lebih menjimatkan & sangat sesuai bagi majlis 1 pihak. Ada pelbagai size bagi kad jenis sekeping, namun jika anda membeli secara online, pastikan anda mendapat informasi tepat mengenai size kad tersebut. Tak dinafikan iklan online yang terlalu murah kadang kala memaparkan kad pada saiz paling kecil. Namun jika anda mempunyai bajet yang sangat rendah lakukanlah pilihan bijak
5. REALISASI IMPIAN ANDA
point yang terakhir ini adalah sebenarnya antara point yang paling bermakna & boleh dijadikan point paling utama namun terpulang kepada perspektif anda . Perkahwinan adalah momen paling bermakna dalam hidup & rata-rata hanya berlaku sekali sahaja sepanjang hayat, maka lakukanlah yang terbaik, realisasikan impian anda namun buatlah pilihan bijak berpandukan bajet anda. Jadikan kad kahwin anda sebahagian dari memori yang kekal & utuh sampai bila-bila. Buatlah kad undangan yang bukan sahaja sayang untuk dibuang oleh tetamu anda, tetapi yang anda sendiri tak mungkin akan buang malah mampu bertahan lama seumur hidup anda.
6. ELAKKAN LAST MINIT!
haaaa... yang ni memang tak boleh nak buat apa.. selalu sangat berlaku. Mungkin ramai yang rasa majlis lambat lagi, so tangguh dulu untuk siapkan kad perkahwinan. Tahukah korang 99% vendor kad perkahwinan memerlukan masa lebih kurang 1 bulan atau lebih bagi menyiapkan tempahan kadkahwin? ini kerana mereka mempunyai queue atau order yang panjang, belum campur dengan customization setiap pelanggan, kalau pelanggan cerewet maka lebih panjanglah masa yang perlu diambil, belum lagi mesin buat hal, barang kena reject, silap print, ini semua memerlukan waktu. Jadi tempahlah awal supaya proses berjalan lancar. Bukan tak boleh order urgent, boleh... tapi korang terpaksa membazir banyak duit sebab cas extra biasanya dikenakan jika mereka perlu beri perhatian lebih pada anda berbanding pelanggan lain.
7. BELI WAKTU PROMOSI
waktu terbaik untuk dapatkan kad kahwin adalah sewaktu musim perayaan terutamanya sebab confirm sales besar-besaran. itulah peluang anda untuk dapatkan kad yang mahal pada harga yang jauh lebih rendah, untung-untung dapat macam-macam lagi free item! tapi kalau waktu bukan perayaan atau bukan musim, jangan pula bertanyakan promosi dan menunggu sampai murah, takut-takut lambat last nya terpaksa keluar duit lebih pula untuk urgent kan.. percaya pada rezeki anda.. insya Allah
8. KAD KAHWIN DIGITAL ALTERNATIF BERJIMAT
rasanya ramai dah tahu zaman sekarang ni dah banyak vendor berikan copy kad secara digital untuk korang send via whatsapp/fb/ig dan media sosial yang lain. Ambil kira hal ini supaya anda dapat jimatkan penggunaan kad kahwin bercetak, contohnya kawan-kawan yang usianya 20an biasanya tak kisah kalau dijemput via whatsapp je, takde kad pun takpe.. maka banyak yang anda dapat jimatkan dari situ.
semestinya kami di Firejets Wedding sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anda!
anda tak perlu lagi risau tentang harga, design dan penjimatan yang anda bakal dapat, sepanjang Ramadhan 2018 kami memberikan diskaun 5% kepada semua pakej kad kahwin, berserta mobile motion (digital invite) secara PERCUMA! inilah waktu terbaik untuk anda dapatkan kad kahwin idaman, visit website kami untuk maklumat lanjut & hubungi kami segera k!
Firejets Wedding, ia bukan sekadar kad, ia memori paling berharga
Comments